Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Latar Belakang Tumpat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

LATAR BELAKANG TUMPAT

 

 

Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato' Nik Hussein bin Nik Zainal (Dato' Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur. Jajahan Tumpat adalah satu-satunya Jajahan yang paling kecil antara Jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana pun Tumpat merupakan Jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 Mukim. Di setiap Mukim ini pula terdapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu (Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan Pentadbiran Jajahan.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: www.mdtumpat.kelantan.gov.my
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today37
Yesterday289
This week37
This month1952
Total44076

2021-04-12
  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 06 April 2021, 16:36:10.
© Copyright 2019 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH TUMPAT

Bilangan Pemegang Akaun Cukai Taksiran Majlis Daerah Tumpat, Negeri Kelantan