Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 13/2022 pada 29 Jun 2022 telah membuat keputusan bersetuju agar premis pasaraya, supermarket, kedai serbaneka dan restoran makanan segera ditutup selama satu (1) hari pada hari pertama Hari Raya Aidil Fitri.

Kegagalan mematuhi notis ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)
 
 
Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Jajahan Tumpat untuk tempoh 15 tahun. lanya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Tumpat 2020.
 
Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (25 Januari — 25 Februari 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Tumpat yang terkandung di dalam dokumen RT.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 25 Februari 2023 melalui QR Code yang disediakan atau borang maklum balas yang boleh didapati di semua lokasi pameran.
 
 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Soalan 1

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU/CUKAI BANDAR?

Cukai Taksiran/Cukai Bandar ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti:

· Rumah kediaman

· Harta perusahaan dan perdagangan (kedai, kilang, hotel, kompleks dan sebagainya)

· Tanah kosong yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Tumpat.

 

Soalan 2

BAGAIMANA IANYA DIBAYAR?

Cukai Bandar/Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu:

· 1/2 tahun pertama mulai 1 hb Januari dan

· 1/2 tahun kedua mulai 1hb Julai

Walau bagaimanapun bayaran untuk tempoh satu tahun penuh boleh dilakukan. Bayaran boleh dibuat di kauter bayaran Majlis Daerah Tumpat.

Waktu Operasi Kaunter Bayaran:

Ahad-Rabu         8.00pg-5.00ptg

Khamis              8.00pg-3.30ptg

 

Soalan 3

APAKAH TINDAKAN TERHADAP ANDA JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT?

Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 1% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda menyikut seksyen 147(1), Akta 171.

Sekiranya masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Majlis Daerah Tumpat menhan barang-barang yang ada di dalam bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151.
 

Soalan 4

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKAN DARIPADA  DIDENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH?

Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28hb Februari atau 31hb Ogos pada setiap tahun.

 

Soalan 5

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA BIL-BIL TIDAK DITERIMA?

Datang sendiri ke Pejabat Majlis Daerah Tumpat (Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta) untuk mendapatkan bil-bil tuan/puan. Bawakan bersama maklumat-maklumat seperti berikut:

· Lot/No. rumah dan kedudukan harta

· No. akaun (jika ada) atau

· Bawa bil lama untuk rujukan

 

Soalan 6

JIKA ANDA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH/BANGUNAN TERSEBUT, APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN?

Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut, harta anda di dalam bangunan itu akan ditahan. Oleh itu, anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis Daerah Tumpat sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6) 171, Kerajaan Tempatan melindungi anda.

 

Soalan 7

APAKAH YANG ANDA HARUS LAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SESEBUAH RUMAH/TANAH KOSONG?

Semak dahulu dengan Majlis Daerah Tumpat nam yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah/tanh tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari. Seksyen 146, Akta 171, menegaskan bahawa semua cukai (termasuk tunggakan) adalah tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya.

Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menetukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

 

Soalan 8

JIKA ANDA TELAH MENUKAR MILIK/MENJUAL/MEWARISI RUMAH/HARTA, APA PERLU ANDA LAKUKAN?

Maklumkan kepada Majlis Daerah Tumpat dengan mengisi Borang I/Borang J dan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 3bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal, pihak Majlis Daerah Tumpat boleh mengambil tindakan mahkamah termasuk mengenakan denda sehingga RM 2,000.00/- atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 160(6) Akta 171.

 

Soalan 9

JIKA RUMAH ANDA KOSONG (TIDAK DIDIAMI BOLEHKAH ANDA MENDAPATKAN PELEPASAN CUKAI?

Cukai ke atas harta anda boleh dikurangkan dengan syarat anda member notis secara bertulis kepada Majlis Daerah Tumpat mengenai kekosongan itu. Anda juga perlu memberitahu Majlis Daerah Tumpat jika bnagunan tersebut telah diruntuhkan atau diubah ke tapak lain atau dimusnahkan oleh kebakaran, angin rebut atau sebab-sebab lain.

 

Soalan 10

JIKA ANDA TIDAK MAMPU, BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?

Majlis Daerah Tumpat akan menimbangkan bayaran untuk dibuat secara ansuran. Untuk itu, anda dinasihatkan dating sendiri ke pejabat Majlis  Daerah Tumpat untuk membincangkan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan. Pihak Majlis Daerah Tumpat juga bersedia untuk menyelesaikan masalah-masalah anda  yang lain mengenai Cukai Taksiran/Pintu.

Muat turun pamplet di sini.

Mukasurat 1

Mukasurat 2

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today20
Yesterday24
This week150
This month494
Total47380

2024-04-20

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Sunday 07 April 2024, 11:49:38.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST