18 Mac 2026 - YABrs. Tuan Mohamad Nazwan bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat (MDT) merangkap Penaung Kelab Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan (KESUKE MDT) telah berkesempatan mengadakan ziarah kebajikan ke atas salah seorang kakitangan MDT, iaitu Encik Rosli bin Isa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Dalam kunjungan tengah hari tadi, beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai serta hamper barangan keperluan harian sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak majlis terhadap kebajikan kakitangan.
Turut hadir sama dalam ziarah ini ialah pegawai serta kakitangan MDT yang bersama-sama memberikan sokongan moral kepada beliau.
Semoga Encik Rosli bin Isa diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.