About Us
Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976.Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darulnaim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.