Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pengurusan Sisa
Article Index
Page 1 of 2
- Waktu Kutipan Sampah & Pengurusan Sisa Pepejal
- Pembersihan kawasan Majlis Daerah Tumpat pada tiap-tiap hari bekerja, mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.15 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan perniagaan dan tong sampah berpusat diangkut pada tiap-tiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan sekolah dibuat mengikut jadual ditetapkan.
- Sampah dilupus dalam lubang yang digali dan diratakan oleh jentolak setiap hari.
- Tempat pelupusan sampah ditimbus tanah bila mana ,buangan telah penuh.
- Memastikan tempat pelupusan sampah tidak terbakar dan tidak menjadi tempat pembiakan lalat dan mencemarkan alam sekitar.
- Pemotongan rumput di taman permainan, kawasan lapang, bahu jalan, padang dan tempat awam, dipotong dengan ketetapan masa 21 hari satu pusingan.Semua longkang dibersihkan pada ketetapan masa 30 hari satu pusingan (bergantung kepada keadaan) semua longkang besar dibersihkan sekurang-kurangnya setahun sekali.