Skip to main content

Perutusan YDP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah S.W.T, saya berbesar hati menyampaikan kata alu-aluan di laman web rasmi Majlis Daerah Tumpat, sebuah platform digital yang mencerminkan komitmen kami terhadap ketelusan, keberkesanan penyampaian maklumat, dan keterbukaan kepada masyarakat.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab memacu pembangunan kawasan, Majlis Daerah Tumpat tidak lagi berperanan sekadar menyediakan perkhidmatan asas seperti kutipan sisa pepejal, penyelenggaraan kebersihan dan sistem saliran. Cabaran semasa menuntut pendekatan yang lebih holistik dan berimpak tinggi, merangkumi aspek pembangunan fizikal, pengurusan prasarana moden, pelesenan yang efisien, pemerkasaan ekonomi setempat, dan kelestarian alam sekitar.

Kami menyedari bahawa rakyat hari ini semakin berpengetahuan, berdaya saing, dan mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Justeru, warga Majlis Daerah Tumpat komited untuk menerajui perubahan melalui tadbir urus yang baik, inovasi berterusan, serta pemantapan integriti dan profesionalisme dalam setiap tindakan.

Usaha ini didorong oleh aspirasi untuk menjadikan daerah Tumpat bukan sekadar sebuah lokasi strategik di negeri Kelantan, tetapi turut dikenali sebagai Nadi Pelancongan Budaya dan Islam Kelantan yang dinamik, inklusif dan beridentiti.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga kerja, rakan strategik dan masyarakat umum agar terus mendokong usaha Majlis Daerah Tumpat dalam menjayakan agenda pembangunan yang mampan, lestari dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.

“ALLAH DITAATI, RAJA DISANGJUNGI, RAKYAT DIKASIHI”
“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

YABrs. En Mohamad Nazwan Bin Ismail
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Tumpat,
Kelantan

  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST