Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Mengenai Kami

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

       

Pejabat Lama Majlis Daerah Tumpat

 

       Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976.Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darulnaim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.

         Dalam penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan yang telah sedia ada sebelum tahun 1979 iaitu Lembaga Bandaran Tumpat yang wujud dalam tahun 1955 dan Majlis Tempatan Wakaf Bharu dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut menjadikan satu penguasa tempatan yang diberi nama Majlis Daerah Tumpat‘ seperti namanya pada hari ini.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today20
Yesterday23
This week115
This month638
Total47524

2024-04-26

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 23 April 2024, 07:59:02.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan