Semangat Kejiranan
Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Jiran sangat penting kerana merekalah yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Kepentingan Semangat Kejiranan
Perpaduan
Masyarakat majmuk seperti Malaysia wajar menghidupkan kembali budaya hidup berjiran. Semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram.
Bertanggungjawab
Selain itu, individu juga mendapat kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan. Jiran dapat menghulurkan bantuan dengan segera sekiranya berlaku hal-hal kecemasan melibatkan kesihatan dan kemalangan. Ini adalah kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.
Program Kenali Jiran
- Sebuah Program "Kenali Jiran Kita" telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
- Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan.
- Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.
Ibarat pepatah Melayu "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat", ia menjelaskan betapa pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran.