Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Piagam Bahagian Pentadbiran
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MAJLIS DAERAH TUMPAT
- Memproses permohonan cuti rehat kakitangan tetap/kontrak/sambilan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan.
- Memenuhi permohonan barangan alat tulis yang lengkap daripada bahagian-bahagian dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
- Menyediakan jemputan untuk mesyuarat-mesyuarat majlis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
- Menyegerakan jawapan kepada surat menyurat berkaitan pentadbiran majlis dalam tempoh 3 hari.
- Setiap aduan akan diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 21 hari bekerja (bagi aduan yang tidak melibatkan peruntukkan kewangan)
- Dengan sistem komunikasi yang canggih para pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik. Panggilan pelanggan dengan serta merta akan dijawab dengan tiga deringan sahaja.
- Semua lantikan ke jawatan akan dibuat sebulan selepas pengiklanan jawatan kosong.
- Bagi memastikan Sewaan Dewan, Padang dan Peralatan diuruskan dengan baik, para pelanggan dikehendaki:-
- Mengisi borang permohonan dengan betul dan jelas
- Menjelaskan bayaran dengan serta merta
- Nyatakan masalah yang anda hadapi (jika ada)