Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pesanan Cegah Denggi Di Hari Raya Aidilfitri
𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈
Pastikan rumah anda tidak mempunyai takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Hanya sesudu teh air sudah cukup untuk membolehkan nyamuk bertelur.
Anda bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan keluarga anda, mainkan peranan anda.
Pastikan rumah dan persekitaran anda bersih, tiada bekas yang menakung air.
Gunakan semburan aerosol di dalam rumah untuk membunuh nyamuk dewasa.
Gunakan krim/semburan penghalau nyamuk (mosquito repellent) apabila keluar dari rumah semasa awal pagi dan lewat petang.
Bersama kita memutuskannya. Hapus Aedes, Cegah Denggi.