Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Piagam Bahagian Penguatkuasaan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
- Menguatkuasakan Akta dan Undang-Undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Daerah Tumpat.
- Membuat rondaan dan kawalan setiap masa di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tumpat mengikut zon-zon yang dibahagikan.
- Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan awam berkaitan pelanggaran undang-undang Majlis Daerah Tumpat.
- Mengeluarkan tawaran notis amaran dan notis kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang Majlis Daerah Tumpat.
- Mengambil tindakan serta-merta terhadap kesalahan yang dilakukan dengan cara memberi amaran lisan, notis, kompaun dan sitaan/rampasan mengikut perundangan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Tumpat.
- Sentiasa memberi kerjasama kepada lain-lain jabatan/bahagian/unit bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang tanpa prasangka dalam tempoh 48jam hari bekerja.