Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Piagam Bahagian Pelesenan dan Kebersihan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PELESENAN DAN KEBERSIHAN
- Memberi perkhidmatan pembersihan longkang tiga bulan sekali.
- Memberi perhatian pada setiap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Proses permohonan ruang niaga baru akan dipanggil temuduga dalam tempoh kurang dari 60 hari.
- Keputusan temuduga dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh temuduga.
- Menentukan penyelarasan dan tindakan susulan diambil kurang dari 7 hari dari tarikh aduan diterima.
- Menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh kurang dari 14 hari.
- Tindakan edaran bil-bil sewa dan kutipan sewa gerai penyewa diambil tindakan pada atau sebelum 16 haribulan setiap bulan.
- Semakan sewa dan penyediaan bil sewa bulanan di kaunter mengambil masa kurang 5 minit.
- Permohonan lesen perniagaan yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 5 minggu hari bekerja.
- Permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi yang mengemukakan permohonan lengkap akan dproses serta dirujuk ke jabatan teknikal dan keputusan diberi dalam tempoh 8 minggu hari bekerja.
- Permohonan lesen penjaja/permit diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Permohonan permit pemasangan sepanduk dan diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari dan permohonan lesen iklan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Permohonan lesen gerai yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja.