Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Piagam Bahagian Perbendaharaan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERBENDAHARAAN MAJLIS DAERAH TUMPAT
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti dengan memastikan masa menunggu bagi pembayaran bil-bil di kaunter bayaran adalah selama sepuluh (10) minit bagi masa sibuk dan tiga (3) minit bagi masa kurang sibuk.
- Memastikan semua urusan pembayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh sesuatu tuntutan/invois diterima dengan lengkap.
- Menyiapkan penyata kewangan tahunan yang dimuktamadkan pada bulan April tahun berikutnya.
- Menyiapkan anggaran belanjawan tahunan sebelum/pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun
- Memastikan Penyata Cukai Pendapatan anggota siap sebelum 31 Mac setiap tahun.
- Memastikan teguran audit dapat dijawab dalam tempoh 14 hari.