Jambatan Bijih Jubakar Pantai
Jambatan bijih besi terletak berhampiran pantai di Kampung Jubakar dalam Jajahan Tumpat, Kelantan. Jambatan ini dibina oleh pihak British sejak zaman sebelum perang. Tujuannya adalah bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan bijih besi dari darat ke kapal pengangkut.
Bijih besi ini diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu "Oriental Mining Co.", di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan. Di sini bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina...