PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS WARISAN KAMPUNG LAUT 2035
Draf Rancangan Kawasan Khas Warisan Kampung Laut 2035 merupakan suatu rancangan pemajuan yang disediakan dalam tempoh yang singkat untuk tujuan pelaksanaan. Dokumen ini menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan bagi tujuan pelaksanaan. lanya disediakan di bawah peruntukan Subseksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu ( 01 Oktober — 30 Oktober 2024) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Kampung Laut yang terkandung di dalam dokumen RKK ini.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 30 Oktober 2024 melalui portal http://jpbd.kelantan.gov.my atau borang maklum balas yang boleh didapati di semua lokasi pameran