Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

JELAJAH PBT NEGERI KELANTAN BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR TELAH DIADAKAN DI MAJLIS DAERAH TUMPAT

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

         

5 Ogos (Isnin) - Jelajah PBT Negeri Kelantan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar telah diadakan di Majlis Daerah Tumpat. Rombongan diketuai oleh YB Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan diiringi YABrs Haji Kamarudin Omar, Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs En Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat. Seterusnya program diteruskan dengan Taklimat Perancangan Pembangunan dan Hasil yang disampaikan Haji Mohd Azwan Abd Rahman Setiausaha MDT. YB Tuan Hilmi Abdullah turut menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian Bantuan Kerajaan Negeri kepada MDT.Rombongan seterusnya bergerak ke Laman Warisan Kampung Laut untuk mengikuti taklimat daripada TPr Muhamad Suhaizat Mohd Sabri, Pegawai Perancang Bandar dan Desa MDT. Program diakhiri dengan penanaman pokok di Laman Warisan Kampung Laut yang disempurnakan YB Tuan Hilmi Abdullah.

 

 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today6
Yesterday26
This week105
This month444
Total51211

2024-09-20

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Thursday 19 September 2024, 11:50:21.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan