Skip to main content

LAWATAN KERJA MAJLIS DAERAH KUBANG PASU, KEDAH KE MAJLIS DAERAH TUMPAT

Majlis Daerah Kubang Pasu telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Tumpat pada  30hb Januari 2014 (Khamis). Rombongan tersebut terdiri daripada ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli majlis, Majlis Daerah Kubang Pasu.

Tujuan lawatan adalah ingin mengetahui bagaimana Majlis Daerah Tumpat membangunkan satu kawasan yang dikenali sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di Pengkalan Kubor, Kelantan. Lawatan ini juga dapat memperkukuhkan hubungan di antara pihak berkuasa tempatan.

Antara aturcara lawatan ialah berkunjung ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor serta diakhiri dengan makan tengahari di Restoran Terapung Pantai Sri Tujuh.

  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST