Skip to main content

Arahan Melaksanakan Langkah Tambahan Membendung COVID-19 Di Negeri Kelantan

MAJLIS DAERAH TUMPAT

NOTIS PEMAKLUMAN
 
ARAHAN MELAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN PANDEMIK COVID-19 DI NEGERI KELANTAN
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang diadakan pada 02 Rabiul Ahir 1442H bersamaan dengan 18 November 2020 telah membuat keputusan bersetuju untuk mengambil langkah-langkah sebagaimana berikut sebagai tambahan kepada aktiviti dan protokol sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia sebelum ini iaitu:-
 
i) Semua operasi premis-premis perniagaan adalah dihadkan sehingga jam 11:30 malam sahaja.
ii) Operasi stesen minyak dan kedai runcit di stesen minyak adalah dihadkan sehingga jam 12:00 malam sahaja.
iii) Bilangan pelanggan di kedai makan hendaklah dihadkan secara maksimanya hanya 4 orang sahaja bagi satu meja makan tertakluk kepada penjarakan 1 meter bagi setiap pelanggan dan 2 meter bagi setiap meja makan.
iv) Semua acara yang melibatkan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan lain-lain adalah dihadkan kepada jumlah 150 orang sahaja pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan kawasan yang membolehkan diadakan penjarakan 1 meter antara individu.
v) Semua majlis keramaian tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Polis DiRaja Malaysia sekurang-kurangnya 5 hari sebelum majlis berkenaan diadakan.
vi) Semua acara sukan atau latihan yang boleh melibatkan aktiviti yang bersentuhan antara satu sama lain adalah tidak dibenarkan .
Pemakluman dan arahan ini dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dipinda jika ada arahan selanjutnya dari pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.
 
Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
 
Dengan Perintah
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 3 Rabiul Akhir 1442H bersamaan 19 November 2020
 
  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST