Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Selamat Bersara YABrs Encik Mohd. Azri Bin Abd. Rahman, Tuan Yang Dipertua MDT
26 Januari 2021
Sentiasa menepati masa. Bekerjasama. Menanam keakraban diantara pengurusan dan kakitangan. Itu adalah antara pesanan YABrs Encik Mohd. Azri Bin Abd. Rahman, Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Tumpat di dalam majlis ringkas sempena persaran beliau yang diadakan di BMU, MDT. Turut menemani isteri beliau iaitu YABrs Puan Zakiah binti Rashid yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA Jajahan Tumpat.
Beliau turut meluahkan rasa beruntung kerana dapat berkhidmat di MDT walaupun dalam tempoh masa yang singkat iaitu selama 7 bulan sahaja. Beliau berpandangan pasukan MDT adalah yang
kerana sikap komited yang telah ditunjukan oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam menyelesaikan tugas walaupun mendapat arahan dalam masa yang singkat.
terbaik
Encik Mohd. Azri menamatkan perkhidmatan beliau dengan persaraan wajib pada 26 Januari 2021 setelah menabur khidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri selama 29 tahun.
Meminjam pantun yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd. Khairil Hazmie bin Yusof Setiausaha MDT di dalam majlis tersebut;
Duduk bersarapan di tepi bendang,
Di kerusi rotan Bersama nyonya,
Di hari persaraan hati terkenang,
Semoga persahabatan kekal selamanya.
Sekawan kedidi mencari umpan,
Umpan dicari di tepi jeti,
Jasa dan budi tuan curahkan,
Kekal bersemadi di dalam hati.
MDT merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Azri bin Abd. Rahman di atas segala khidmat yang telah dicurahkan selama lantikan beliau sebagai Tuan Yang Dipertua.
Semoga Tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan Selamat Bersara Tuan!