Skip to main content

Pemantauan SOP Di Pasar Awam Dan Pasar Minggu Di Tumpat

PEMANTAUAN SOP DI PASAR AWAM DAN PASAR MINGGU DI TUMPAT
 
Tuan Setiausaha dan Penolong Setiausaha MDT bersama dengan Tim Penguatkuasaan pada pagi ini telah mengadakan tinjauan ke atas beberapa pasar awam dan pasar minggu di sekitar Tumpat. Tujuan tinjauan ini adalah untuk melihat serta memantau tahap pematuhan pemilik premis, pekerja dan masyarakat yang mengunjungi premis berkenaan. Fokus tinjauan adalah di pasar awam dan pasar minggu yang menjadi tumpuan masyarakat untuk membeli barang keperluan pada hujung minggu.
 
Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, Tim Pematuhan mendapati situasi di Pasar Minggu Wakaf Bharu, dan Pasar Minggu Geting adalah terkawal. Pihak pengurusan pasar dilihat menyediakan semua kelengkapan wajib (mySejahtera/buku daftar pengunjung, hand sanitizer dan alat pengukur suhu) bagi kegunaan setiap pengunjung dan peniaga juga menjaga jarak sosial antara kedudukan gerai.
 
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST