Skip to main content

Berhubung Kenyataan YAB Perdana Menteri Berkaitan Kemudahan Bagi Individu Yang Telah Menerima Vaksinasi Lengkap

BERHUBUNG KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI BERKAITAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP
 
Kemudahan-kemudahan ini bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan dan membelakangkan SOP yang telah ditetapkan.
 
Pemilik premis atau pemegang lesen, MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.
 
Ketidakpatuhan terhadap peraturan atau dasar tersebut membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil termasuk pembatalan/ lesen ditarik balik, penutupan premis atau tindakan lain yg bersesuaian mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP MDT dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
MDT turut mengingatkan kepada semua pemilik permis perniagaan dan individu di Tumpat agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa.
 
Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP dikuatkuasakan.
 
Download dokumen di bawah :
 
 
Pautan ke facebook MDT :
 
https://www.facebook.com/mdtumpat/posts/4533853816646789
 
 
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST