Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Operasi Mencegah Kekotoran oleh MDT
Operasi Mencegah Kekotoran oleh MDT sekitar jajahan Tumpat hari ni. Hasil operasi dua(2) notis amaran atas kesalahan melonggokkan sampah di tempat awam dan satu(1) kompaun atas kesalahan membuang sampah diluar tong mengikut UUK 3(a) Mencegah Kekotoran MDT 2020 telah dikeluarkan hari ini.
Sikap segelintir masyarakat membuang sampah di luar tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan menyebabkan pemandangan sekitar kotor serta berbau busuk.
MDT turut menasihati orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan Jajahan Tumpat dan membuang sampah di dalam tong yang disediakan demi keselesaan bersama dan mengelakkan penyakit.