Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Perasmian Pusat Komuniti Tumpat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan
Majlis Perasmian Pusat Komuniti Tumpat disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Pusat Komuniti Tumpat adalah kelestarian Pasar Besar Tumpat. Pasar Besar Tumpat telah ditransformasikan sebagai medium komuniti untuk mengadakan pelabagai aktiviti sosial khususnya golongan belia.
Bangunan yang mula dibina pada 1983 itu beroperasi sehingga 2017 sebelum Pasar Sumayyah Tumpat mengambil alih peranan Pasar Besar Tumpat pada 2018.
Bagi memberi kemudahan kepada masyarakat, agensi atau badan-badan tertentu menganjurkan program kepada orang ramai, pusat komuniti ini menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama. Dewan Utama ini mampu menampung 500 pengguna dalam satu – satu masa.
Pusat Komuniti mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memangkin kebudayaan baru sebagai nilai tambah kepada sistem sedia ada. Ia bukan sekadar mengenai penganjuran program semata, tetapi intipatinya harus dilihat secara menyeluruh agar Pusat Komuniti ini benar-benar boleh mentakrif dan menginterprestasi konteks demi manfaat komuniti sejagat.