Skip to main content

Pemasangan Kain Rentang Dan Bendera Negeri Kelantan Sempena Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-53 Tahun

Ke majlis,

 

Semua Pemilik Premis/ Bangunan/ Perniagaan dan

Ketua Jabatan Kerajaan Dalam Kawasan Operasi

Majlis Daerah Tumpat

 

YBhg. Dato’/ YM Tengku/ Tuan/ Puan,

 

PEMASANGAN KAIN RENTANG DAN BENDERA NEGERI KELANTAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 53 TAHUN 1444H BERSAMAAN 2022M

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacitanya dimaklumkan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 53 Tahun 2022M bersamaan Tahun 1444H, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan akan menyediakan Kain Rentang Rasmi bagi sambutan tersebut.

 

  1. Semua premis-premis dan pejabat kerajaan dalam Jajahan Tumpat ini dimohon untuk menggantung Kain Rentang sempena sambutan perayaan ini. Kain rentang tersebut bolehlah didapati di Pejabat Majlis Daerah Tumpat mulai 25 Oktober 2022 (Selasa) dengan harga RM50.00 sehelai.

 

  1. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ YM. Tengku/ Tuan/ Puan juga digalakkan untuk mengibarkan Bendera Negeri Kelantan bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V pada tahun ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

KLIK UNTUK KE FACEBOOK RASMI MDT

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST