Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pilih Premis Makanan Yang Bersih
Anda Bijak Kerana Memilih Premis Makanan Yang Bersih
Pilihlah pengendali makanan yang tidak :-
Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendalikan makanan.
Berkuku dan berambut pendek
Membasuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya.
tidak bersin, meludah dan batuk kearah makanan.
Menggunakan penyepit sudu dan garfu semasa mengambil makanan.
Menudung makan yang telah dimasak
Tidak Menindih makanan semasa menyajikan makanan.
Mempunyai kawasan premis yang bersih.
Menggunakan tuala khusus untuk mengelap tangan, meja, pinggan mangkuk.
Sekiranya anda makan diluar (premis menjual makanan) pastikan diri anda selamat - pilihlah premis seperti ini :-
Jauh dari jalanraya, tiada binatang berkeliaran, lalat, habuk, lipas dan mempunyai peredaran udara.
Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, elektirk, saliran longkang, tong sampah yang bertutup, tandas dan sisa yang dibuang dalam beg plastik
Peralatan yang bersih dan sempurna serta meja bersih.
Pengendali yang bersih, memakai apron dan menutup kepala.
Makanan yang telah dimasak hendaklah ditutup.
Tempat yang sempurna untuk menyimpan makanan mentah (yang belum dimasak).