Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf RTJ Tumpat 2035 (Penggantian)
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RTJ TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)
16 Februari 2023 | Taman Kemahkotaan Tumpat (Pata Ndo)
Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan mewakili YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.
Turut hadir YB Haji Adanan bin Hassan, ADUN Kelaboran,
YB Haji Rusli bin Abdullah, ADUN Wakaf Bharu,
YABrs. TPr. Dr Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PlanMalaysia,
YBrs. TPr. Tuan Haji Hassan bin Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia,
YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat,
YBrs. TPr. Dr. Dzul Khaimi bin Khailani, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur PLANMalaysia,
YBrs. Puan Mazilah Azleen binti Mat Nor, Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Kelantan.
Majlis Daerah Tumpat menjadi urusetia bersama Unit Rancangan Pemajuan, PLANMalaysia@Kelantan dan Pejabat Projek Zon Timur.
Turut memeriahkan majlis, kehadiran wakil-wakil penduduk, usahawan tempatan, jabatan/agensi kerajaan Negeri Kelantan dan Daerah Tumpat, pihak-pihak berkepentingan, PBT seluruh Kelantan serta perunding.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat.