Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) - Mesyuarat JK Siasatan Tempatan Dan Pendengaran (JSTP)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035(PENGGANTIAN)
MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN (JSTP)
 
KOTA BHARU, 21 Jun 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Draf Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YM. Dato’ Tengku Kaya Perkasa (Timbalan Setiausaha Kerajaan - Pembangunan) dan dihadiri oleh YBrs. Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin (Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan) selaku Setiausaha JSTP, Ahli Jawatankuasa JSTP iaitu wakil dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan serta wakil Pentadbir Tanah Jajahan Tumpat.
 
Turut hadir YBrs. Puan Mazillah Azleen binti Mat Nor (Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Kelantan), TPr Suhaizat bin Mohd Sabri (Pegawai Perancang Bandar dan Desa) mewakili Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Encik Ahmad Fauzi bin Haji Yusoff selaku Pengurus Projek kajian yang mewakili Pengarah Pejabat Projek Zon Timur (PLANMalaysia) serta Ketua Unit Agensi Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Tumpat. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh 4 orang responden iaitu 1 responden hadir secara fizikal dan 3 responden hadir secara dalam talian.
 
Mesyuarat ini diadakan bertujuan menimbang maklumbalas/ bantahan dan membuat pengesyoran ke atas borang maklum balas yang diterima sepanjang tempoh program publisiti dan penyertaan awam bagi kajian tersebut yang telah bermula pada 25 Januari sehingga 25 Februari 2023 sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kelantan. .

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today1
Yesterday25
This week1
This month697
Total47583

2024-04-29

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 23 April 2024, 07:59:02.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan