Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Operasi Pemantauan Pematuhan Premis Pada Waktu Solat Jumaat
Operasi pemantauan tahap kepatuhan penutupan premis perniagaan pada waktu Solat Jumaat sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat.
Operasi yang dijalankan pada waktu Jumaat itu dibuat secara kolaborasi antara penguatkuasa wanita MDT dan JAHEAIK.
Hasil ops pemantauan MDT telah mengeluarkan sebanyak 04 Notis Kompaun kepada premis yang gagal mematuhi peraturan ini mengikut seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171).