Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Kursus Khas "Driver Familiarization" Kepada Penyelia Dan Pemandu-pemandu MDT
Pada 6 September 2023 MDT telah mengadakan Kursus Khas _"Driver Familiarization"_ kepada penyelia dan pemandu-pemandu di MD Tumpat. Kursus ini diadakan hasil kolaborasi bersama Syarikat Song Seng Motors yang juga pengedar lori Hino di Kota Bharu.
Objektif kursus ini diadakan adalah sebagai pembelajaran dan pengetahuan tambahan kepada penyelia dan pemandu kenderaan berat seperti lori kargo dan kompektor.
En. Muhammad Ikram bin Daud selaku penceramah jemputan yang disediakan oleh pihak syarikat turut memberikan latihan praktikal dalam penjagaan lori selain dari penerangan secara teori.
Seramai 30 orang peserta menghadiri kursus tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama MDT.