Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Daerah Tumpat Menyahut Seruan Agenda Kelantanku Bersih
MAJLIS DAERAH TUMPAT (MDT) MENYAHUT SERUAN AGENDA KELANTANKU BERSIH.
Komponen Landskap antara elemen keceriaan yang diberikan keutamaan agar senantiasa nampak terurus, bersih, indah dan ceria.
Terima kasih warga Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas gotong royong yang diadakan bagi menjaga keceriaan, keindahan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar Padang Kemahkotaan dan Pata Ndo, Tumpat bagi keselesaan pengunjung.
Menjaga kebersihan dan keindahan taman rekreasi awam adalah tanggungjawab bersama. Taman yang bersih, ceria dan selamat dapat menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negeri mengunjunginya bagi beriadah dan menikmati ketenangan yang selesa.
Bersama-sama kita menjaga kebersihan dan keindahan taman rekreasi kita serta melindungi daripada kegiatan vandalisme.