Skip to main content

Sesi Dialog Majlis Daerah Tumpat Bersama Persatuan Peniaga Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor


Tumpat, 21 Ogos 2025 – Majlis Daerah Tumpat (MDT) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog bersama Persatuan Peniaga Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubor yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Mohamad Nazwan bin Ismail, Tuan Yang Dipertua MDT.

Sesi ini diadakan sebagai platform dua hala untuk mengupas isu-isu yang berbangkit di kalangan peniaga serta membincangkan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan bersama. Antara isu utama yang dibangkitkan termasuklah aspek kebersihan dan infrastruktur di kawasan KBC yang menjadi perhatian untuk diambil tindakan lanjut oleh pihak MDT selaku Pihak Berkuasa Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.


Turut hadir dalam sesi ini ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga KBC, wakil-wakil jabatan yang beroperasi di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor, serta Ketua WHIP Majlis Daerah Tumpat.


Majlis Daerah Tumpat percaya kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan dan komuniti peniaga mampu memperkukuh imej kawasan bebas cukai ini sebagai destinasi pilihan pelancong dan pengunjung.



Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST