Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

(Akta 133)

 

Suatu Akta untuk membina dan menyatukan undang-undang berhubung dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia, dan bagi maksud-maksu yang berkaitan dengannya.

 

Tafsiran Mendirikan Bangunan –Bahagian V, Seksyen 70 (16)

(a) Memulakan kerja di atas tapak bangunan baru.

(b) Menambah atau mengubah mana-mana bangunan yang sediada samada di atas asas tapak baru atau bina atas bumbung atau dinding sediada.

(c) Ubahsuai bangunan yang bukan asalnya kediaman manusia kepada rumah kediaman

(d) Ubahsuai bangunan yang asalnya satu rumah kediaman kepada lebih sari satu kediaman

(e) Ubahsuai rumah kediaman kepada maksud- maksud lain

(f) Melencung plan atau penentuan yang telah diluluskan oleh PBT pada bila-bila masa.

(g) Membaharui atau membaiki mana-mana bangunan sediada dengan cara membina semula sesuatu dinding sebelah luar atau dinding dua pihak setakat satu tingkat                 tingginya.

(h) Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada sesuatu bangunan dengan cara

(i) 1/2 daripada luas permukaan dinding dan sekatan

(ii) 1/2 daripada luas permukaan lantai

(i) Membina suatu tingkat atau tingkat-tingkat tambahan atau membaharui, membina semula atau mendirikan suatu dinding sebelah luar atau dinding dua pihak pada tingkat satu, dua dan seterusya.

Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Menyatakan  bahawa tiada seseorang boleh mendirikan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Seksyen 70 (2) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Seseorang yang bercadang mendirikan sesuatu  bangunan hendalah mengemukakan :-

(a) Kepada pihak berkuasa tempatan apa-apa pelan dan penentuan sebagaimana yangdikehendaki oleh mana-mana undang-undang kecil yang  dibuat di bawah Akta ini ; dan

(b) Kepada pihak berkuasa berkanun yang relevan apa-apa pelan dan penentuan berkenaan dengan system pembentungan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang- undang bertulis lain.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today24
Yesterday26
This week102
This month483
Total52959

2024-11-21

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 19 November 2024, 09:04:10.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan