Skip to main content

TAWARAN PENGURANGAN TUNGGAKAN DENDA CUKAI TANAH SEBANYAK 90%

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Kelantan pada 26hb Oktober 2016 telah mengumumkan mengenai tawaran pengurangan tunggakan denda cukai tanah sebanyak 90% di bawah kelulusan Pengarah Tanah dan Galian mengikut peruntukan Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

 

Berikutan dengan itu, mana-mana permohonan pengurangan tunggakan denda yang diterima akan dipertimbangkan pengurangan sebanyak 90% tanpa mengambil kira kadar pengurangan denda yang sepatutnya layak dipertimbangkan sebagaimana Arahan PTG Bil.1/2011.

 

Tawaran ini berkuatkuasa bermula pada 01hb November 2016 sehingga Disember 2016 sahaja.

  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST