PEMAKAIAN MANUAL AGENSI DAN PEMOHON BAGI PELAKSANAAN OSC 3.0
Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 yang bersidang pada 4 Mac 2014 telah bersetuju untuk menguatkuasakan pemakaian OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OSC 3.0, agensi teknikal dalaman, luaran dan pemohon akan dibekalkan dengan manual pelaksanaan sebagai rujukan dan panduan melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing. Penyediaan kedua-dua manual ini adalah selaras Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran yang telah diperkenalkan mulai tahun 2008.