Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pengumuman Penutupan Jalan Lencongan Dari Kebakat Ke Jalan Baharu Dan Ke Jalan Al-Baladi
PENGUMUMAN PENUTUPAN JALAN LENCONGAN DARI ARAH JALAN KEBAKAT KE JALAN BAHARU DAN JALAN MASUK KE JALAN AL-BALADI
Adalah dimaklumkan bahawa Jalan Lencongan dari arah Jalan Kebakat ke Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu dan jalan masuk ke Jalan Al-Baladi akan ditutup sementara bermula pada 26hb Mac 2022 (Sabtu) hingga 30 Mac 2022 (Rabu) sebagai langkah keselamatan bagi tujuan kerja-kerja Perlancaran Rasuk TBeam (Launching T-Beam), Projek Membina Flyover Wakaf Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor, Kelantan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah serta had laju yang telah ditetapkan dan arahan Pengawal Trafik yang bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pengurus Projek Damakmur Sdn. Bhd. (DMSB) Ir. Mohd Suhaimi Bin Husin (0199125926) dan Pegawai Pengurusan Trafik DMSB En. Rosfaizi Bin Md Rosli (013-5336654).