Skip to main content

Arahan Penutupan Operasi Perniagaan Pada Hari Raya Aidil Adha 2022

NOTIS PEMAKLUMAN
 
Dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan susulan perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aildil Adha pada 10 Julai 2022, adalah dimaklumkan bahawa semua pasaraya, supermarket, kedai serbaneka dan restoran makanan segera di kawasan Majlis Daerah Tumpat diarahkan menutup operasi pada hari pertama Hari Raya Aidil Adha iaitu bersamaan dengan 10 Julai 2022 (10 Zulhijjah 1443H).
Kegagalan mematuhi notis ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
 
Dengan Perintah
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
 
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST