Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

KEMASKINI 11 JULAI : PERUBAHAN HALA LALUAN DAN LENCONGAN JALAN DI WAKAF BHARU (BERAKHIR MALAM INI)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Klik di sini untuk  menyertai >> Soal Selidik Portal MDT << Maklum balas anda amat dihargai.

KEMASKINI (11 JULAI 2016) : LENCONGAN JALAN DI WAKAF BHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI AKAN BERAKHIR JAM 12 MALAM INI. ALIRAN TRAFIK AKAN KEMBALI SEPERTI BIASA. PARA PENGGUNA JALAN RAYA DIHARAP DAPAT MEMBERI KERJASAMA SEPENUHNYA DAN SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI. TERIMA KASIH.​

Majlis Daerah Tumpat akan melakukan perubahan hala jalan serta lencongan jalan secara sementara bermula 4hb Julai sehingga 11hb Julai 2016, tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyuraikan aliran trafik yang dijangkankan bertambah semasa kepulangan anak-anak perantau ke Tumpat , semasa hari perayaan dan juga semasa anak-anak perantau daripada Tumpat yang akan bertolak balik ke destinasi masing -masing. Pertambahan secara drastik kenderaan dijangkakan akan bermula pada esok hari iaitu 4hb Julai dan diharapkan semua pemandu akan mematuhi papan tanda yang dipasang dan juga arahan anggota Polis Trafik juga anggota Penguatkuasa Majils Daerah Tumpat yang akan mengawasi situasi ini. Para pemandu juga ditegas sama sekali berhenti menunggu di kawasan yang terlibat dengan perubahan hala dan pelencongan ini. Ini bagi mengelakkan gangguan aliran trafik.

Perubahan hala dan lencongan adalah sebagaimana berikut:-

1. Jambatan lintasan rel keretapi di Wakaf Bharu akan dijadikan sehala daripada Tumpat /Pengkalan Kubur ke Bulatan Pasir Pekan. Kedua dua lorong akan akan dibuka menghala ke Bulatan Pasir Pekan.

2. Lampu isyarat Dusun Langgar akan dimatikan sementara.

3. Jalan Dusun Langgar akan dijadikan sehala menghala ke pekan Wakaf Bharu.

4. Pusingan kanan ke Perabut Sayang ditutup.

5. Kemasukan ke jalan tepi Masjid Al Ismaili, Pasir Pekan akkan ditutup, pengguna boleh menggunakan laluan masuk melalui stesen minyak Petron. Kerjasaama semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan bagi mematuhi papan pana tanda serta arahan anggota trafik dan anghota penguatkuasa Majlis Daerah Tumpat dan memandu dengan cermat, berhemah dan sabar bagi menggelakkan kemalangan yang akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today27
Yesterday26
This week105
This month486
Total52962

2024-11-21

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 19 November 2024, 09:04:10.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan