Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian)
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)
DOWNLOAD DOKUMEN RT DI SINI : http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti/?p=1576
Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Jajahan Tumpat untuk tempoh 15 tahun. lanya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Tumpat 2020.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (25 Januari — 25 Februari 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Tumpat yang terkandung di dalam dokumen RT.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 25 Februari 2023 melalui QR Code yang disediakan atau borang maklum balas yang boleh didapati di semua lokasi pameran.