Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Tip-tip megelak pecah rumah

Bagaimana boleh berlaku?
1. Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
2. Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
3. Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
4. Masuk melalui bumbung rumah atau siling yang terbuka.
5. Tingkap dan pintu yang tidak berkunci atau terbuka.
6. Menggunakan kunci pendua.

Sebab berlaku?
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong.
2. Tidak bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
5 .Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya. 

Cara-cara mencegah:
1. Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
2. Sentiasa pasang lampu apabila keluar dari rumah.
3. Jangan tinggal sebarang nota yang boleh membantu penjenayah bertindak.
4. Jangan meletakkan barang-barang tajam sepeti cangkul, penyodok, besi, parang dan lain-lain di luar rumah.
5. Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu dan menjamin keselamatan rumah.
6. Memelihara anjing (bagi yang bukan beragama Islam)
7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah.
8 .Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun dan rumpun pokok boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah. 
 

Apa yang perlu dibuat jika berlaku pecah rumah?

  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Panduan Keselamatan Kebakaran

1. Memastikan semua peralatan elektrik seperti ketuhar ditutup suisnya dan plugnya dicabut sebelum kita meninggalkan rumah
2. Memastikan semua barangan elektrik yang berada diluar persekitaran rumah berada dalam keadaan tertutup suis dan plugnya ditanggalkan untuk mengelakkan sebarang bahaya kebakaran.
3. Penyediaan senarai semakan dapat membantu kita memastikan keselamatan kediaman dan harta benda.
4. Lakukan semakan terhadap segala peralatan elektrik sebelum balik bercuti.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Apa itu Demam Denggi

Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan Gejala

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam


Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut.

Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :-

  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
1.    Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik


2.    Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3.    Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti :

  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pengenalan

Program Teman Pili Bomba diperkenalkan sejak tahun 1986 bagi mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).  Program ini berperanan menyedarkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan pili Bomba serta memastikan pili Bomba di kawasan masing-masing berada dalam keadaan baik bagi menangani sesuatu kecemasan.

Kategori Pili Bomba

Terdapat dua ketegori pili Bomba yang dibina iaitu pili Bomba awam dan pili Bomba swasta.  Pili Bomba awam dipasang di kawasan atau premis awam seperti kampong, taman perumahan, kampong baru, tempat reakreasi dan di tepi jalan,  dengan jarak perantaraan dalam lingkungan 91.5 meter.  Pili Bomba swasta pula merupakan pili Bomba yang dibina di kawasan atau premis persendirian seperti gedung, kilang, kedai dan gudang yang merupakan hak milik pihak persendirian.

Penumpuan Program Teman Pili Bomba

Penumpuan program diberikan kepada pili Bomba awam.  Pili Bomba swasta juga digalakkan menyertai program ini.

Syarat-Syarat Penyertaan

Bapa/ibu angkat pili Bomba dalam program Teman Pili Bomba ialah mereka yang dilantik atau dipilih oleh JBPM untuk mengawalselia atau menjaga pili Bomba.  Mereka terdiri daripada orang perseorangan,  kakitangan kerajaan atau swasta,  syarikat swasta,  ahli-ahli pertubuhan sukarela,  ahli-ahli bukan kerajaan (NGO) atau pengerusi/setiausaha persatuan penduduk.

Keahlian

1. Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
3.  Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
4. Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
5. Ketua Balai akan mengemukanan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
6. Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
7. SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat pili Bomba.

Peranan Dan Tanggungjawab Teman Pili Bomba

Program Teman Pili Bomba amat mengharapkan kepada Bapa atau Ibu Angkat pili Bomba supaya dapat berperanan sebagai penjaga dan pelapor kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan harapan supaya pili bomba ;
1 Tidak terhalang oleh sesiapa dengan meletakkan bahan-bahan binaan seperti pasir,  kayu,  besi,  simen atau lain-lain corak halangan.
2. Tidak ada kenderaan diletakkan di tepi atau di atas pili bomba dan laporan kepada Bahagian Keselamatan Kebakaran Daerah atau Negeri,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
3. Memastikan kerja-kerja membaiki atau menurap jalan oleh mana-mana pihak,  tidak menutup atau menurap ‘hydrant pit'.  Melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika perkara ini dilakukan.
4. Melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kerja atau Polis sekiranya ternampak sesiapa mencuri air daripada pili Bomba.
5.  Membersihkan rumput-rampai atau sebarang perkakas yang menghalang atau melindungi pili Bomba supaya mudah dilihat.
6.  Membersih pasir,  tanah,  batu dan lain-lain yang masuk ke dalam lubang pili Bomba khususnya selepas musim hujan.
7. Melaporkan kepada Jabatan Kerja Air atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika terdapat kebocoran atau apa-apa kerosakan.
8. Mengawasi kecurian kompenan-kompenan pili Bomba oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
9. Membantu mengecat pili Bomba jika diperlukan.

"SERTAILAH TEMAN PILI BOMBAUNTUK MEMBANTU MEWUJUDKAN KESEJAHTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN KELUARGA TERJAMIN"

Sila klik di sini untuk mendaftar sebagai Teman Pili Bomba

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Jiran sangat penting kerana merekalah yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.


Kepentingan Semangat Kejiranan


Perpaduan

Masyarakat majmuk seperti Malaysia wajar menghidupkan kembali budaya hidup berjiran. Semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram.

Bertanggungjawab

Selain itu, individu juga mendapat kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan. Jiran dapat menghulurkan bantuan dengan segera sekiranya berlaku hal-hal kecemasan melibatkan kesihatan dan kemalangan. Ini adalah kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.


Program Kenali Jiran

  • Sebuah Program "Kenali Jiran Kita" telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan.
  • Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.

Ibarat pepatah Melayu "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat", ia menjelaskan betapa pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today43
Yesterday42
This week85
This month779
Total48415

2024-05-28

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 28 May 2024, 11:11:59.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan