WARIS MAYAT LELAKI TIDAK DITUNTUT DICARI
Sumber: Sinar Harian
Tarikh: 27/8/14
Tumpat – Hospital Tumpat mencari waris seorang lelaki yang tidak dituntut di Jabatan Forensik hospital itu sejak sembilan hari lalu.
Mayat lelaki itu dikenali sebagai Chin Kim Sing,42,beralamat di 3376C-1,Tingkat 1,Jalan Gajah Mati,15050,Kota Bharu.
Pengarah hospital,Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali berkata,pengenalan diri ada bersama mangsa dan sudah sembilan hari di bilik mayat.
"Sesiapa mengenali lelaki itu sama ada waris atau kenalan terdekat boleh ke Hospital Tumpat untuk proses pengecaman dan menuntut mayat tersebut,"katanya.