Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Notis Pemberitahuan Bayaran Lesen Peniaga Kecil, Penjaja Dan Peniaga Pasar Malam Tahun 2021
NOTIS PEMBERITAHUAN BAYARAN LESEN PENIAGA KECIL, PENJAJA DAN PENIAGA PASAR MALAM TAHUN 2021
Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 27/2020 pada 13 Januari 2021 telah membuat keputusan memberikan pengecualian bayaran lesen untuk peniaga kecil yang dibenarkan termasuk di arked, pasar, pasar malam, pasar tani, gerai, kiosk peniaga kecil, kenderaan bersaji (foodtruck) dan penjaja pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, para peniaga kategori tersebut yang berlesen dengan Majlis Daerah Tumpat boleh mendapatkan lesen bagi tahun 2021 dengan syarat sebagaimana berikut:
Mengemukakan lesen bagi tahun 2020
Membuat semakan dan menjelaskan tunggakan kompaun (jika ada)
Menjelaskan tunggakan sewaan
Mengemukakan salinan sijil pengendalian makanan dan salinan kad suntikan typhoid terkini (bagi jualan makanan)
Para peniaga yang telah membuat bayaran lesen pada tahun 2021 akan mendapat pengecualian bayaran lesen pada tahun 2022.
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pelesenan, Kesihatan Awam, Kebersihan Dan Keindahan Majlis Daerah Tumpat di talian 09-725 2230.
Dengan Perintah
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 28 Jamadil Akhir 1442H bersamaan 10 Februari 2021