Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Kenyataan Media : OPS Penguatkuasaan Premis Jukee Ayam Proses

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KENYATAAN MEDIA MAJLIS DAERAH TUMPAT
04 REJAB 1442H/16 FEBRUARI 2021
 
OPERASI PENGUATKUASAAN PREMIS JUKEE AYAM PROSES,
KAMPUNG BENDANG MORAK, JALAN HUJUNG KEPULAU, TUMPAT
 
Majlis Daerah Tumpat (MDT) ingin memaklumkan bahawa satu operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan pelbagai agensi Kerajaan termasuk PDRM, Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, dan JKR Tumpat telah dijalankan pada 16 Februari 2021.
 
Kesalahan yang telah dilakukan adalah di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDT 2019 kerana menjalankan operasi perniagaan ayam proses tanpa lesen yang dikeluarkan oleh MDT secara sah dan di bawah seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana mungkir atau ingkar untuk mematuhi notis atau arahan atau perintah bertulis yang telah dikeluarkan oleh MDT.
 
Terdapat status dan video yang diwar-warkan menerusi Facebook menggunakan nama Jukee Kee telah mengeluarkan kenyataan fitnah bertujuan memperdaya dan mengelirukan orang ramai untuk meraih simpati dan perhatian orang ramai terhadap operasi penguatkuasaan yang dijalankan.
 
MDT memandang serius akan perkara ini dan tidak akan teragak –agak untuk mengambil tindakan undang–undang terhadap pelaku. MDT telah pun membuat satu laporan polis mengenai status facebook berkenaan dan ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan mendapatkan sumber yang sahih sebelum berkongsi atau membuat komen pada status tersebut.
Sekian, Terima Kasih.
 
TUAN HAJI RUSYDEE BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today17
Yesterday24
This week160
This month452
Total48088

2024-05-17

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Wednesday 15 May 2024, 07:51:52.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan