Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Notis Pemakluman Kepada Penjaja Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPD/ PKPB/PKPP)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
MAJLIS DAERAH TUMPAT
NOTIS PEMAKLUMAN KEPADA PENJAJA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN PERGERAKAN (PKP/PKPD/ PKPB/PKPP)
 
Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPD/PKPB/PKPP), tiap – tiap penjaja hendaklah mematuhi arahan sebagaimana berikut:-
 
Semua penjaja dikehendaki mematuhi segala arahan termasuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke tempat jualan memastikan penjarakan fizikal 1 meter, bahan pencuci tangan (hand sanitizer) disediakan dan dipastikan penggunaanya sebelum masuk, menyediakan kemudahan QR Code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan, penggunaan aplikasi My Sejahtera diwajibkan di kawasan capaian inernet yang luas (pengecualian diberikan bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman), memastikan kewajipan kepada pelanggan check in atau sebelum memasuki premis untuk menggunakan MySejahtera atau menulis cara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sekiranya tiada liputan internet, suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan, memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera sahaja dibenarkan, menghadkan bilangan pelanggan dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa, mewajibkan pemakaian pelitup muka (face mask) dengan betul mengikut saranan KKM kepada penjual, pekerja dan pelanggan ketika berada di tempat jualan dan lain-lain Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
 
MDT berhak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau arahan yang telah ditetapkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Penjaja (MDT) 1989.
Dengan Perintah
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 23 Ramadan 1442H bersamaan 05 Mei 2021
 
 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today16
Yesterday24
This week167
This month113
Total47749

2024-05-05

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 30 April 2024, 07:57:58.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan