Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Notis Pemakluman Kepada Mana-Mana Orang Dan Pemegang Gerai Di Mana-Mana Pasar Sepanjang Tempoh (PKP/PKPD/ PKPB/PKPP)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
MAJLIS DAERAH TUMPAT
 
NOTIS PEMAKLUMAN KEPADA MANA – MANA ORANG DAN PEMEGANG GERAI DI MANA – MANA PASAR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN PERGERAKAN (PKP/PKPD/ PKPB/PKPP)
 
Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPD/PKPB/PKPP), mana – mana orang dan pemegang gerai di mana – mana pasar hendaklah mematuhi arahan sebagaimana berikut:-
 
Mana – mana orang dan pemegang gerai di mana – mana pasar dikehendaki mematuhi segala arahan Yang Dipertua atau mana – mana pegawai Majlis termasuk mengikut aliran keluar masuk yang ditetapkan ke tempat jualan, memastikan penjarakan fizikal 1 meter, bahan pencuci tangan (hand sanitizer) digunakan sebelum masuk, menggunakan kemudahan QR Code MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran, penggunaan aplikasi My Sejahtera diwajibkan di kawasan capaian inernet yang luas (pengecualian diberikan bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman), Suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan memasuki pasar, hanya dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera sahaja dibenarkan. Bagi tiap – tiap pemegang gerai perlu menghadkan bilangan pelanggan dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa, mewajibkan pemakaian pelitup muka (face mask) dengan betul mengikut saranan KKM kepada penjual, pekerja dan pelanggan ketika berada di tempat jualan dan lain-lain Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
 
MDT berhak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau arahan yang telah ditetapkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang – Undang Kecil Pasar (MDT) 1998.
 
Dengan Perintah
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 23 Ramadan 1442H bersamaan 05 Mei 2021
 
 

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today13
Yesterday24
This week164
This month110
Total47746

2024-05-05

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Tuesday 30 April 2024, 07:57:58.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan