Skip to main content

Sumbangan Kepada Keluarga Allahyarham Hafizal bin Ismail kakitangan MDT

Pada hari ini 5 Julai 2022, YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat telah meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Hafizal bin Ismail kakitangan MDT yang meninggal dunia baru-baru ini ketika sedang bertugas di pejabat. Lawatan itu turut disertai YBrs. En. Muhamad Alif Khairi bin Che Hamat, Penolong Setiausaha serta beberapa orang Ketua Bahagian dan kakitangan MDT.
 
Di dalam lawatan tersebut, Tuan Yang Dipertua turut menyampaikan sumbangan berupa cek Bantuan Pengurusan Jenazah kepada balu allahyarham, Puan Siti Norlailatu Sadiah bt Mohamed. Manakala YBrs. En. Muhamad Alif Khairi bin Che Hamat mewakili wargakerja MDT menyampaikan sumbangan tabung kutipan derma kilat yang telah diadakan baru-baru ini. Turut menyampaikan sumbangan adalah YBrs. En. Mohd. Farrimy Ezwan bin Hj. Othman yang mewakili Badan Sukan, Rekreasi Dan Kebajikan MDT. Allahyarham merupakan Pembantu Tadbir (P/O) di Bahagian Pelesenan meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata.
 
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
 
 
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST