Skip to main content

Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022

PESTA WAU KEBANGSAAN KELANTAN 2022
Tarikh : 11 - 13 Ogos 2022
Tempat : Pantai Geting , Tumpat, Kelantan
 
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia akan menganjurkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan pada 11-13 Ogos 2022(Khamis – Sabtu), bertempat di Pantai Geting, Tumpat,Kelantan
 
Jom beramai-ramai datang dan memeriahkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022. Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan. Pesta Wau Kebangsaan Kelantan ini merupakan kali yang ke-39 ianya dianjurkan di Negeri Kelantan.
 
Pelbagai aktiviti menarik bakal dianjurkan seperti :
1. Pertandingan membuat wau
2. Pertandingan wau bercahaya
3. Pertandingan mewarna bersama Adabi
4. Persembahan layang - layang
5. Bengkel membuat wau
6. Persembahan Kebudayaan
7. Pertandingan memasak Adabi
8. Pertandingan Kopi Tarik Adabi
 
Masuk adalah percuma ⚡️
 
 
  • Created on .
  • Last updated on .
Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

SEO - Laman Web Rasmi MDT

KELGOV PPST