Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pemakluman Perubahan Notis Penutupan Operasi Pada 1 & 2 Syawal 1444H
MAJLIS DAERAH TUMPAT
~PERUBAHAN NOTIS PEMAKLUMAN ~
Dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 13/2022 pada 29 Jun 2022 telah membuat keputusan bersetuju agar premis pasaraya, supermarket, kedai serbaneka dan restoran makanan segera ditutup selama satu (1) hari pada hari pertama Hari Raya Aidil Fitri.
Notis pemakluman bertarikh 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023 yang telah dihebahkan sebelum ini adalah terbatal.
Kegagalan mematuhi notis ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
Dengan Perintah
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 25 Ramadan 1444H bersamaan 16 April 2023