Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Larangan Bagi Sebarang Aktiviti di Pata Ndo Dari 19 April 2023 hingga 24 April 2023
MAJLIS DAERAH TUMPAT
~NOTIS PEMBERITAHUAN~
DENGAN KUASA-KUASA YANG DIBERIKAN DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 [AKTA 171] DAN UNDANG-UNDANG KECIL 9, UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN MAJLIS DAERAH TUMPAT 2020 ADALAH DIMAKLUMKAN BERHUBUNG LARANGAN BAGI SEBARANG AKTIVITI BERBUKA PUASA, REKREASI, KECERGASAN, PERKELAHAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN AKTIVITI DI KAWASAN PATA NDO (PADANG KEMAHKOTAAN) BERKUATKUASA PADA 19 APRIL 2023 HINGGA 24 APRIL 2023 (BERSAMAAN 28 RAMADAN HINGGA 3 SYAWAL 1444H) BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN OLEH PIHAK MAJLIS DAERAH TUMPAT.
SILA AMBIL PERHATIAN, KEGAGALAN ATAU KETIDAKPATUHAN TERHADAP ARAHAN SEBAGAIMANA DINYATAKAN MEMBOLEHKAN TINDAKAN DIAMBIL OLEH MAJLIS DAERAH TUMPAT DI BAWAH SEKSYEN 109, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) DAN UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN MAJLIS DAERAH TUMPAT 2020.
KERJASAMA DAN PERHATIAN OLEH SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.
DENGAN PERINTAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
Tarikh: 28 Ramadan 1444H bersamaan 19 April 2023