Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

SOALAN LAZIM PEMBINAAN/UBAHSUAI RUMAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan 1

SEKIRANYA PEMILIK TANAH BERHASRAT UNTUK MEMBINA RUMAH, DIMANAKAH TEMPAT UNTUK DIRUJUK?

· Terus ke Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Daerah Tumpat.

· Disini pemohon akan diterangkan berkenaan prosedur untuk mengemukakan permohonan.

 

Soalan 2

SIAPAKAH YANG MELULUSKAN PELAN DAN BERAPA LAMA MASA DIAMBIL UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN ?

· Semua  pelan atau permohonan akan diangkat dan dipertimbangkan melaui Mesyuarat Jawatankuasa  Pusat Setempat (OSC), Majlis Daerah Tumpat yang bersidang 2 minggu sekali.

· Sekiranya permohonan tiada masalah, kelulusan akan dikeluarkan dalam masa 2minggu sebaik sahaja keputusan mesyuarat dikeluarkan.

 

Soalan 3

SEKIRANYA TELAH MENGEMUKAKAN PELAN KE MAJLIS DAERAH TUMPAT, BOLEHKAH TERUS MEMULAKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN ?

· Pemohon atau pemilik bangunan yang telah mengemukakan permohonan ke Majlis Daerah Tumpat, tidak dibenarkan sama sekali melalukan atau mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapatkan kebenaran atau kelulusan bertulis dari pihak Majlis Daerah Tumpat.

· Sekiranya pembinaan dimulakan tanpa kebenaran dari pihak Majlis Daerah Tumpat, denda pembinaan akan dikenakan mengikut peratusan kerja-kerja pembinaan ditapak.

 

Soalan 4

JIKA INGIN MEMBUAT TAMBAHAN ATAU PENGUBAHSUAIAN PADA BANGUNAN/RUMAH, ADAKAH PERLU MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEPADA MAJLIS DAERAH TUMPAT ?

· YA,  Anda perlu mengemukakan permohonan.

 Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Menyatakan  bahawa tiada seseorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

· Bagi pembinaan / Ubahsuaian / Tambahan :-

- Tambahan bangunan yang melibatkan

keluasan lantai dibawah 500kp, pembinaan awning, menukar dinding dan bumbung adalah perlu mengemukakan  permohonan permit kerja-kerja kecil ke Unit Perancangan & Bangunan Majlis Daerah Tumpat.

- Bagi Tambahan yang melibatkan keluasan lantai melebihi 500kp dan tidak melebihi 1200kp perlu mengemukakan permohonan palang II ke Unit Pusat Setempat (OSC) dan pelan yang dikemukakan tidak perlu ditandatangani oleh Arkitek berdaftar.

- Manakala, bagi tambahan yang melibatkan rumah teres, kedai serta tambahan yang berhampiran dengan jalan JKR, perlulah mengemukakan permohonan melalui pelan standard ke Unit Pusat Setempat (OSC)

 

Soalan 5

BILAKAH PELAN BANGUNAN PERLU DIPERBAHARUI ?

· Pelan bangunan perlu diperbaharui sebaik sahaja tamat tempoh selama 1 tahun sekiranya pembinaan belum dimulakan. Jika selepas tempoh tersebut permohonan baru perlulah dikemukakan.

 

Soalan 6

APAKAH KESALAHAN YANG DIKENAKAN SEKIRANYA MEMBINA BANGUNAN TANPA KEBENARAN PIHAK MAJLIS DAERAH TUMPAT ?

· Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Menyatakan  bahawa tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

· Semua pembinaan bangunan atau tambahan / ubahsuai yang tidak mendapat kebenaran  pihak Majlis Daerah Tumpat atau pembinaan yang tidak mengikut pelan yang telah diluluskan yang mana ianya bertentangan dengan seksyen 70 (Akta 133).

· Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, seksyen 70(11) apabila disabitkan kesalahan dikenakan denda tidak lebih dari satu ribu ringgit dan pihak Majlis Daerah Tumpat memohohon untuk mengeluarkan perintah termesti untuk mengubah bangunan itu dengan apa-apa cara atau meruntuhkanya.

 

Sebarang pertayaan lanjut boleh berhubung  Pejabat Majlis Daerah Tumpat.

Bahagian Perancangan & Bangunan

Majlis Daerah Tumpat

Tel            :   09 - 7252239
Faks        :   09 - 7256919
E-mel       :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today17
Yesterday23
This week114
This month733
Total46831

2024-03-29

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Wednesday 27 March 2024, 07:51:49.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan