20 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH TUMPAT
- Super User
- Pengumuman
20 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM KAWASAN OPERASI
MAJLIS DAERAH TUMPAT
1. Menjalankan perniagaan tanpa lesen MDT atau lesen tamat tempoh
– Undang-undang Kecil 2, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDT 1990.
2. Menjalankan perniagaan melebihi waktu yang ditetapkan oleh MDT
– Undang-undang Kecil 24, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDT 1990.
3. Gagal mempamerkan atau mengemukakan lesen MDT
– Seksyen 107(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)/ Undang-undang Kecil 25(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDT 1990.
4. Melanggar/gagal mematuhi syarat-syarat lesen MDT
– Seksyen 107(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
5. Lesen tamat tempoh
- Undang-undang Kecil 5, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDT 1990.
6. Gagal menjelaskan cukai taksiran MDT
– Seksyen 147(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
7. Kacauganggu-kacauganggu hendaklah dihapuskan
– Seksyen 80, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
8. Kacauganggu-kacauganggu yang boleh diambil tindakan secara terus
– Seksyen 81, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
9. Menyebabkan halangan
- Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
10. Meletakkkan debu atas jalan-jalan, dsb.
– Seksyen 47, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
11. Notis mengenai bangunan baharu (binaan tanpa izin MDT)
– Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
12. Kerja tanah tanpa kebenaran MDT
– Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
13. Iklan tanpa lesen MDT
- Undang-undang Kecil 5(1), Undang-undang Kecil Iklan MDT 1989.
14. Penjaja tanpa lesen MDT
- Undang-undang Kecil 3(1), Undang-undang Kecil Penjaja MDT 1989.
15. Menjaja di tempat larangan MDT dan menghalang lalulintas
- Undang-undang Kecil 8, Undang-undang Kecil Penjaja MDT 1989.
16. Halangan jalan
- Undang-undang Kecil 10, Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran MDT 1983.
17. Menjalankan perniagaan di pasar awam tanpa lesen dan tidak mengikut jenis lessen yang diperuntukkan oleh MDT
- Undang-undang Kecil 9(1), Undang-undang Kecil Pasar MDT 1998.
18. Halangan di pasar
- Undang-undang Kecil 26, Undang-undang Kecil Pasar MDT 1998.
19. Kemasukan kenderaan di tempat yang tidak dikhaskan untuk meletak kenderaan di pasar - Undang-undang Kecil 30, Undang-undang Kecil Pasar MDT 1998.
20. Menyebabkan/membiar haiwan merayau-rayau/berada di tempat awam
- Undang-undang Kecil 3 , Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau MDT 1983.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi : 09-725 2224